PETUA MENJAGA MINDA MELALUI PEMAKANAN:
*********************************
1. Makan makanan atau buah-buahan yang masam, yang tinggi kandungan asidnya seperti epal hijau secara berlebihan boleh menyebabkan penyakit lupa. - Imam al-Zuhri.
2. Bawang besar jika di makan secara berlebihan dalam keadaan mentah pun boleh meyebabkan lupa.
3. Orang yang ketagihan candu, dadah, rokok, tembakau dan sebagainya juga boleh rosakkan otak.
4. Makan sebelum kenyang berhenti. Makan terlalu kenyang jadi malas dan menggelapkan akal (malas berfikir).
5. Elakkan makan organ dalaman binatang seperti hati, perut, jantung, limpa secara berlebih-lebihan akan menjadikan otak mudah lupa.
6. Jangan makan makanan yang dari sisa haiwan perosak seperti lalat, semut, lipas dan tikus juga boleh menyebabkan lupa - Imam al-Zuhri.
7. Kerap makan makanan yang dimasak dan dijual di pasar yang sibuk dan kotor juga boleh mempengaruhi perkembangan otak.
Rasulullah SAW galakkan umat islam masak sendiri kerana ini lebih menjamin kehalalan dan kesuciannya.
Sabda Nabi SAW:
Bermaksud: " Makan di pasar (termasuk) suatu kerendahan" - Riwayat Al-Tabrani.
8. Banyak makanan yang mengandungi MSG - Monosodium Glutamate dan bahan pengawet tidak bagus untuk otak.
9. Sering makan kepala ikan boleh menyebabkan lupa kerana kepala ikan, terutama otak dan bahagian pipinya (insang) mengandungi asid yang tinggi.
10. Memakan makanan atau minuman sisa orang lain atau sisa binatang tidak baik untuk otak.
11. Memakan makanan basi atau hampir basi tidak baik untuk kesihatan.
12. Makan & minum dari sumber yang haram akan membutakan hati daripada kebenaran.
Sumber: Rahsia Minda Hebat.
No comments:
Post a Comment